Al-Imran, dari Ayat 121~130
121. Dan ingatlah tetakala
engkau keluar pagi-pagi dari rumah ahli mu, untuk menetapkan bagi mukmin tempat-tempat
kedudukan masing-masing buat peperangan, dan Allah itu mendengar, mengetahui.
122. ingatlah tetakala dua
golongan dari kamu hendak jadi lemah,
tetapi Allah jadi pengurus mereka, dan kepada Allah lah hendaklah mukmin
berserah diri.
123. Dan sesungguhnya Allah
telah tolong kamu di peperangan badar, pada hal kamu sedikit, lantaran itu,
takutlah kepada Allah supaya kamu boleh berterima kasih.
124. Iaitu tetakala engkau
berkata kepada mukmin; “tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Tuhan kamu akan membantu kamu dengan tiga ribu melaikat yang
diturunkan ?”.
125. Bahkan ! jika kamu
sabar dan taat walau pun mereka itu datang kepada kamu dengan segera sekarang
ini juga, Tuhan kamu akan bantu kamu dengan lima ribu melaikat yang menyerbu.
126. Dan Allah tidak jadikan
yang demikian itu melainkan sebagai khabar yang mengemarkan bagi kamu, dan
supaya tetap hati-hati kamu, tetapi Allah yang gagah, yang bijaksana.
127. Kerana ia hendak binasakan sebahagian daripada orang-orang
yang kufur atau mendukacitakan mereka, supaya mereka kembali dengan hampa.
128. Engkau tidak mempunyai
hak sedikit jua pun dari urusan itu, mahu pun Allah beri taubat atas mereka
atau pun ia seksa mereka, lantaran mereka itu orang-orang yang zalim.
129. Dan kepunyaan Allah lah
apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, ia akan mengampuni siapa yang ia
kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa
yang ia kehendaki, dan Allah itu pengampun, penyayang.
130. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu memakan riba berganda-ganda, dan takutlah kepada Allah
supaya kamu dapat kejayaan.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/sitismartherbs/9/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/tam2mpaj/status/658148476467806208
[] https://sites.google.com/site/sitismartherbs/9/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/tam2mpaj/status/658148476467806208