Saturday, October 24, 2015

Khatam Surah Al-Imran

Al-Imran, dari Ayat 121~130

121. Dan ingatlah tetakala engkau keluar pagi-pagi dari rumah ahli mu, untuk menetapkan bagi mukmin tempat-tempat kedudukan masing-masing buat peperangan, dan Allah itu mendengar, mengetahui.

122. ingatlah tetakala dua golongan dari kamu hendak jadi lemah,  tetapi Allah jadi pengurus mereka, dan kepada Allah lah hendaklah mukmin berserah diri.

123. Dan sesungguhnya Allah telah tolong kamu di peperangan badar, pada hal kamu sedikit, lantaran itu, takutlah kepada Allah supaya kamu boleh berterima kasih.

124. Iaitu tetakala engkau berkata kepada mukmin; “tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Tuhan kamu akan  membantu kamu dengan tiga ribu melaikat yang diturunkan ?”.

125. Bahkan ! jika kamu sabar dan taat walau pun mereka itu datang kepada kamu dengan segera sekarang ini juga, Tuhan kamu akan bantu kamu dengan lima ribu melaikat yang menyerbu.

126. Dan Allah tidak jadikan yang demikian itu melainkan sebagai khabar yang mengemarkan bagi kamu, dan supaya tetap hati-hati kamu, tetapi Allah yang gagah, yang bijaksana.

127. Kerana ia hendak binasakan sebahagian daripada orang-orang yang kufur atau mendukacitakan mereka, supaya mereka kembali dengan hampa.

128. Engkau tidak mempunyai hak sedikit jua pun dari urusan itu, mahu pun Allah beri taubat atas mereka atau pun ia seksa mereka, lantaran mereka itu orang-orang yang zalim.

129. Dan kepunyaan Allah lah apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, ia akan mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa  yang ia kehendaki, dan Allah itu pengampun, penyayang.

130. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu memakan riba berganda-ganda, dan takutlah kepada Allah supaya kamu dapat kejayaan. 





No comments:

Post a Comment