Tuesday, February 5, 2019

Al-Imran Ayat 105

4.3.105
Juz:
4,Surah:3. 
Surah 3, Ayat 105:

.

Ringkasan tafsir;

Setelah penerangan yang jelas pada ayat diatas (4.3.104), Allah memberi amaran dan menyuruh orang mukmin supaya menyeru kepada kebaikan dan janganlah bercerai-berai bertelingkah didalam agama (dikalangan antara mazahab).

Janganlah umat Islam mengambil contoh yang buruk dari kalangan Yahudi dan Nasrani yang bertelingkah tentang kitab masing-masing dan bermusuhan diantara mereka mengikut hawa nafsu mereka masing-masing, walaupun setelah datang kepada mereka keterangan dan hujah-hujah yang jelas nyata tentang hukum, tetapi mereka tetap juga menyalahinya dan engkar. Mereka ini adalah dari golongan yang akam mendapat seksa yang besar didunia dan diakhirat. 

.
[previous] [next] [home] 


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3 
Terjemahan,
101~110,
[GS]   https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     

Sunday, November 18, 2018

Al-Imran Ayat 4

3.3.4.
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 4:


.
Ringkasan tafsir;

Kitab dahulunya buat petunjuk bagi manusia, dan kemudian diturunkan oleh Allah kitab (Al-Quran) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah. Sesungguhnya kafir yang ingkar kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka itu seksa yang keras, dan Allah maha perkasa lagi mempunyai seksa.

AlQuran itu petunjuk kepada orang yang bertakwa mendapat faedah yang amat banyak dari isi kandungan kitab itu, dan Kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil merupakan petunjuk bagi manusia, dan kitab-kitab lain sebagai furqon yang mengandungi pengajaran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil dan antara yang benar dengan yang salah itu diberi nama forqon. Oleh itu ketiga-tiga kitab itu seperti Al-Quran, Injil dan Taurat juga mendapat gelaran “Furqon”.

.

[previous] [next] [home]



.

RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 1~10,
 [GS]
https://sites.google.com/site/kosmoknajid/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     





Thursday, November 15, 2018

Al-Baqarah Ayat 283

3.2.283 
Juz:
3,Surah:2.  
Surah 2, Ayat 283:
.

Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan kaitan antara gadaian, membayar hutang, saksi dan jurutulis.

1. Sekiranya tidak mendapat jurutulis pada ketika dalam keadaan terdesak seperti dalam pelayaran, maka barang gadaian sebagai suatu tanggungan taruhan untuk memberi keyakinan kepada pemberi hutang itu.

2. Penerima hutang pula hendaklah jujur amanah untuk membayar hutang dengan sepenuhnya dan takutlah kepada seksaan Allah. (lihat ayat 280, tentang wajib bayar hutang).

3. Janganlah sembunyikan sebarang penyaksian, sesungguhnya hatinya telah berdosa, diantara dosa yang terbit dalam hati ialah;

3.1. Maksud yang jahat.
3.2. Niat yang buruk.
3.3. Dengki.
3.4. dan lain-lain lagi.

4. Menulis hutang dan mengangkat saksi telah disyarakkan oleh agama untuk mengukuh ikatan antara pemberi dan penerima hutang, untuk mengelak keraguan, lupa, salah seorang mati, ingat kembali tentang hutang, maka bolehlah semak kembali tulisan perjanjian itu untuk mententeramkan hati-hati masing-masing.
.
(berbicara tentang SEDEKAH dan ZAKAT, lihat juga ayat berikut
245, 254, 261, 262, 263, 264, 265, 267, 268, 269, 271, 272, 273, 274, 282).     


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER;

Khatam Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




.