3.2.282
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 282:
.
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 282:
.
Ringkasan tafsir;
Ayat ini membicarakan tentang berhutang itu adalah harus dan berhutang dengan bertempoh bagi tujuan kepentingan kepada mereka yang berhutang, dan suruhan ini adalah sunat dan kadang kala menjadi wajib untuk mengelak pertelingkahan akan berlaku dimasa hadapan. Surat akujanji atau perjanjian itu hendaklah ditulis oleh seorang jurutulis dengan disaksikan oleh 2 orang lelaki atau 1 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Jurutulis
itu hendaklah jujur dan amanah untuk menguruskan hal ehwal surat perjanjian itu
dan hendaklah dibaca dengan jelas dan terang dihadapan kedua-dua belah pihak
yang didengar bersama oleh saksi-saksi yang dilantik.
Saksi
itu adalah fardu kifayah dan hendaklah menyahut apabila dipanggil jika ada
sebarang pertikaian dimasa hadapan.
Bagitulah
dengan urusan berjual beli yang harus ada surat akujanji perjanjian agar lebih
adil dengan mengikuti peraturan dalam muamalat dengan penyaksian yang kuat
bersama penyata kewangan yang jelas dan terang untuk mengelak dari pertikaian
dimasa akan datang.
Dalam
ayat lain ada menyebut betapa pentingnya mengadakan jurutulis apabila seseorang
itu diketahui hampir akan meninggal dunia untuk menulis wasiat, itu juga perlu
ada jurutulis dengan penyaksian yang tegoh untuk mengelak daripada perpecahan
keluarga dimasa hadapan.
Dan
dalam ayat yang terdahulu tentang bersedekah yang menyebut bahawa bersedekah
dengan terang-terangan adalah baik dan bersedekah secara sembunyi juga
adalah lebih baik bagi mereka yang takut kepada Allah.
Ulasan surah 2;
[GS] https://t.co/0EUkXravGr
.
No comments:
Post a Comment