Thursday, November 15, 2018

Al-Baqarah Ayat 283

3.2.283 
Juz:
3,Surah:2.  
Surah 2, Ayat 283:
.

Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan kaitan antara gadaian, membayar hutang, saksi dan jurutulis.

1. Sekiranya tidak mendapat jurutulis pada ketika dalam keadaan terdesak seperti dalam pelayaran, maka barang gadaian sebagai suatu tanggungan taruhan untuk memberi keyakinan kepada pemberi hutang itu.

2. Penerima hutang pula hendaklah jujur amanah untuk membayar hutang dengan sepenuhnya dan takutlah kepada seksaan Allah. (lihat ayat 280, tentang wajib bayar hutang).

3. Janganlah sembunyikan sebarang penyaksian, sesungguhnya hatinya telah berdosa, diantara dosa yang terbit dalam hati ialah;

3.1. Maksud yang jahat.
3.2. Niat yang buruk.
3.3. Dengki.
3.4. dan lain-lain lagi.

4. Menulis hutang dan mengangkat saksi telah disyarakkan oleh agama untuk mengukuh ikatan antara pemberi dan penerima hutang, untuk mengelak keraguan, lupa, salah seorang mati, ingat kembali tentang hutang, maka bolehlah semak kembali tulisan perjanjian itu untuk mententeramkan hati-hati masing-masing.
.
(berbicara tentang SEDEKAH dan ZAKAT, lihat juga ayat berikut
245, 254, 261, 262, 263, 264, 265, 267, 268, 269, 271, 272, 273, 274, 282).     


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER;

Khatam Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




.

No comments:

Post a Comment