Wednesday, November 14, 2018

Al-Baqarah Ayat 281

3.2.281 
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 281:
.

Ringkasan tafsir;
Ayat ini sebagai penutup kepada ayat-ayat diatas (275 hingga 280) yang menerangkan betapa pentingnya meninggalkan riba yang menganiayai diri mereka sendiri.
Berjagalah akan datang hari akhirat untuk kembali kepada Allah. Allah telah menyediakan upah dan pahala mengikut kadar amalan hamba Nya, dan akan dapat menemui Allah dengan perasaan puas hati disebabkan hubungan kamu dengan baik terhadap sesama manusia.
(Tentang RIBA lihat juga pada ayat 275, 276, 277, 278, 279, 280)


.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     



Al-Baqarah Ayat 280

3.2.280
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 280:


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (279), sekiranya orang yang berhutang dalam kesempitan maka berilah tangguh sampai mereka ada kelapangan untuk membayar harta pokok itu. Sekiranya kamu melepaskan hutang itu dengan memberi sedekah kepada mereka itu amatlah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahuinya.

Sekiranya  seseorang yang enggan membayar hutang dan meninggal dunia dalam keadaan berhutang maka tiada masuk syurga sehingga ditunaikan semua hutang oleh nya atau oleh warisnya.


Demikianlah tentang riba bermula dari ayat 275 hingga 280 adalah membicarakan tentang riba dan Allah menegah orang muslim memakan riba.

(Tentang RIBA lihat juga pada ayat 275, 276, 277, 278, 279, 281)

.

[previous] [next] [home]
.
.

RUJUKAN SUMBER,  

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
271~280,
 [GS]
https://sites.google.com/site/laburinternet2/3/1 
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




.   


Saturday, October 24, 2015

Khatam Surah Al-Imran

Al-Imran, dari Ayat 121~130

121. Dan ingatlah tetakala engkau keluar pagi-pagi dari rumah ahli mu, untuk menetapkan bagi mukmin tempat-tempat kedudukan masing-masing buat peperangan, dan Allah itu mendengar, mengetahui.

122. ingatlah tetakala dua golongan dari kamu hendak jadi lemah,  tetapi Allah jadi pengurus mereka, dan kepada Allah lah hendaklah mukmin berserah diri.

123. Dan sesungguhnya Allah telah tolong kamu di peperangan badar, pada hal kamu sedikit, lantaran itu, takutlah kepada Allah supaya kamu boleh berterima kasih.

124. Iaitu tetakala engkau berkata kepada mukmin; “tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Tuhan kamu akan  membantu kamu dengan tiga ribu melaikat yang diturunkan ?”.

125. Bahkan ! jika kamu sabar dan taat walau pun mereka itu datang kepada kamu dengan segera sekarang ini juga, Tuhan kamu akan bantu kamu dengan lima ribu melaikat yang menyerbu.

126. Dan Allah tidak jadikan yang demikian itu melainkan sebagai khabar yang mengemarkan bagi kamu, dan supaya tetap hati-hati kamu, tetapi Allah yang gagah, yang bijaksana.

127. Kerana ia hendak binasakan sebahagian daripada orang-orang yang kufur atau mendukacitakan mereka, supaya mereka kembali dengan hampa.

128. Engkau tidak mempunyai hak sedikit jua pun dari urusan itu, mahu pun Allah beri taubat atas mereka atau pun ia seksa mereka, lantaran mereka itu orang-orang yang zalim.

129. Dan kepunyaan Allah lah apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, ia akan mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa  yang ia kehendaki, dan Allah itu pengampun, penyayang.

130. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu memakan riba berganda-ganda, dan takutlah kepada Allah supaya kamu dapat kejayaan. 





Friday, August 14, 2015

Ulasan Surah Alam Nasyrah.



Surah 94:   
 
ALAM NASYRAH (bukankah kami telah melapangkan).

Surah ini terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah Adh Dhuhaa.  Nama “Alam Nasyrah” diambil dari kata “Alam Nasyrah” yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti “Bukankah Kami telah melapangkan”.



Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Alam Nasyrah (1~8),  
[BS]
http://n5sungaidua.blogspot.com/2013/09/94.html


.