Sunday, November 18, 2018

Al-Imran Ayat 4

3.3.4.
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 4:


.
Ringkasan tafsir;

Kitab dahulunya buat petunjuk bagi manusia, dan kemudian diturunkan oleh Allah kitab (Al-Quran) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah. Sesungguhnya kafir yang ingkar kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka itu seksa yang keras, dan Allah maha perkasa lagi mempunyai seksa.

AlQuran itu petunjuk kepada orang yang bertakwa mendapat faedah yang amat banyak dari isi kandungan kitab itu, dan Kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil merupakan petunjuk bagi manusia, dan kitab-kitab lain sebagai furqon yang mengandungi pengajaran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil dan antara yang benar dengan yang salah itu diberi nama forqon. Oleh itu ketiga-tiga kitab itu seperti Al-Quran, Injil dan Taurat juga mendapat gelaran “Furqon”.

.

[previous] [next] [home]



.

RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 1~10,
 [GS]
https://sites.google.com/site/kosmoknajid/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     





Thursday, November 15, 2018

Al-Baqarah Ayat 283

3.2.283 
Juz:
3,Surah:2.  
Surah 2, Ayat 283:
.

Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan kaitan antara gadaian, membayar hutang, saksi dan jurutulis.

1. Sekiranya tidak mendapat jurutulis pada ketika dalam keadaan terdesak seperti dalam pelayaran, maka barang gadaian sebagai suatu tanggungan taruhan untuk memberi keyakinan kepada pemberi hutang itu.

2. Penerima hutang pula hendaklah jujur amanah untuk membayar hutang dengan sepenuhnya dan takutlah kepada seksaan Allah. (lihat ayat 280, tentang wajib bayar hutang).

3. Janganlah sembunyikan sebarang penyaksian, sesungguhnya hatinya telah berdosa, diantara dosa yang terbit dalam hati ialah;

3.1. Maksud yang jahat.
3.2. Niat yang buruk.
3.3. Dengki.
3.4. dan lain-lain lagi.

4. Menulis hutang dan mengangkat saksi telah disyarakkan oleh agama untuk mengukuh ikatan antara pemberi dan penerima hutang, untuk mengelak keraguan, lupa, salah seorang mati, ingat kembali tentang hutang, maka bolehlah semak kembali tulisan perjanjian itu untuk mententeramkan hati-hati masing-masing.
.
(berbicara tentang SEDEKAH dan ZAKAT, lihat juga ayat berikut
245, 254, 261, 262, 263, 264, 265, 267, 268, 269, 271, 272, 273, 274, 282).     


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER;

Khatam Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




.

Al-Baqarah Ayat 282

3.2.282
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 282: 

Ringkasan tafsir;
Ayat ini membicarakan tentang berhutang itu adalah harus dan berhutang dengan bertempoh bagi tujuan kepentingan kepada mereka yang berhutang, dan suruhan ini adalah sunat dan kadang kala menjadi wajib untuk mengelak pertelingkahan akan berlaku dimasa hadapan. Surat akujanji atau perjanjian itu hendaklah ditulis oleh seorang jurutulis dengan disaksikan oleh 2 orang lelaki atau 1 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Jurutulis itu hendaklah jujur dan amanah untuk menguruskan hal ehwal surat perjanjian itu dan hendaklah dibaca dengan jelas dan terang dihadapan kedua-dua belah pihak yang didengar bersama oleh saksi-saksi yang dilantik.

Saksi itu adalah fardu kifayah dan hendaklah menyahut apabila dipanggil jika ada sebarang pertikaian dimasa hadapan.

Bagitulah dengan urusan berjual beli yang harus ada surat akujanji perjanjian agar lebih adil dengan mengikuti peraturan dalam muamalat dengan penyaksian yang kuat bersama penyata kewangan yang jelas dan terang untuk mengelak dari pertikaian dimasa akan datang.

Dalam ayat lain ada menyebut betapa pentingnya mengadakan jurutulis apabila seseorang itu diketahui hampir akan meninggal dunia untuk menulis wasiat, itu juga perlu ada jurutulis dengan penyaksian yang tegoh untuk mengelak daripada perpecahan keluarga dimasa hadapan.

Dan dalam ayat yang terdahulu tentang bersedekah yang menyebut bahawa bersedekah dengan terang-terangan adalah baik dan bersedekah secara sembunyi juga adalah lebih baik bagi mereka yang takut kepada Allah.
 
(lihat ayat
271 dan 274
, membicarakan tentang sedekah siang & malam).

.
[previous] [next] [home]



.
RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2 
Terjemahan,
281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




.